Rabu, 16 Jun 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan



Sebuah lagu yang cukup bermakna dan mungkin menjadi menjadi nilai sentimental buat seseorang yang pernah dibius cinta. Kadang-kadang tergelak sendirian, tatkala kenangan itu menjengah tiba. Rasa pilu menurut dibelakang lamunan itu. Kerna ia dinoktahkan sebelum segalanya dijelaskan. Biarlah kesalahan itu diletakkan pada ku, kerna aku tak sanggup melihat dirimu terseksa dengan rasa bersalah. Terima Kasih buat dirimu kerana menjadi temanku, pembius cinta ini. Mungkin ini takdirnya, sebagai balasan cinta kita yang melewati batas-batas yang ditetapkan. Sesungguhnya pasti ada KEBAHAGIAAN dalam PERPISAHAN.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan


Klip Video Shahir AF8 dengan lagu Kebahagian dalam Perpisahan.

Ahad, 6 Jun 2010

Epilog 4

Aku berlari mengejar kejora di perbatasan senja. Terungkai bait-bait perjuangan semalam. Tercalit debu dosa yang masih memberkas hari ini. Keliru. Penuh sesal. Termangu. Hanya melihat senja pulang dimamah kelam. Mungkinkah esok senja akan kembali. Bersama bait-bait perjuangan itu, agar debu dosa bisa luntur pergi.

Selasa, 1 Jun 2010

mY BEROKband

Wow, 1st time aku dapat internet berDESUP camni. Jarang-jarang boleh p tahap geGABAN camni !!!