Info Bisnes Internet

Internet merupakan satu platform terbaik untuk memperkenalkan bisnes dan pengiklanan. Rata-rata rakyat Malaysia gemar menggunakan saluran internet untuk mengiklankan perniagaan mereka dan mencari produk yang mereka idamkan. Evolusi e-perniagaan semakin pesat menyebabkan peluang untuk berniaga terbuka kepada sesiapa sahaja.

Pemasaran di internet merupakan pengganti kepada pemasaran konvesional pada ketika ini. Ramai pengusaha kini telah berlumba-lumba memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet. Apakah yang membuatkan ramai pengusaha berubah ke pemasaran internet? Apakah kelebihan yang terdapat pada kecanggihan teknologi internet ini?

Namun apa yang lebih penting seseorang individu perlu ada sambungan Internet sendiri terlebih dahulu kerana ia dapat memudahkan segala urusan berkenaan dengan perniagaan tersebut. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana kiosk yang sah dan agen yang berdaftar.

Malah untuk menjadi agen secara sambilan dan penuh masa pun boleh dengan mendaftar di vendor-vendor penyedia perkhidmatan internet secara online seperti MicroPurple Sdn Bhd.


Antara sebab utama adalah kerana kecepatan serta perlaksanaannya yang boleh dibuat dan dicapai secara 'on time'. Dengan ini banyak masa, kos dan tenaga yang dapat dijimatkan. Proses mengenalpasti pasaran dan permintaan ini menjadi lebih mudah dengan penggunaan internet. Kita tidak perlu membelek akhbar dan majalah atau membuat survey hanya untuk mengenalpasti pasaran dan permintaan.

Proses ini boleh dilakukan dengan membuat carian di enjin carian seperti Google dan Yahoo. Taip sahaja “Apa yang pelanggan mahukan” dengan kecepatan masa beribu-ribu maklumat akan disiarkan. Daripada jawapan yang diberikan oleh enjin pencari ini anda sudah boleh membuat penyelidikan tentang keperluan dan kemahuan pengguna. Penggunaan perisian yang dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam pemasaran internet ini lebih memudahkan anda bagi mencapai proses ini.

Seperti yang anda faham bahawa dalam pemasaran konvesional anda memerlukan kedai atau pejabat atau rumah sebagai tempat memasarkan produk. Di internet anda hanya perlu membina laman web sebagai ganti kepada alamat kedai dan kedai atau pejabat itu sendiri.

Melalui laman web, pengguna sudah mengetahui apa yang anda jual. Alamat sebenar syarikat menjadi perkara kedua dilihat oleh pengguna internet ini. Dalam aktiviti pemasaran konvesional anda memerlukan telefon atau surat sebagai medium perhubungan. Tetapi di internet aktiviti perhubungan ini telah di ganti dengan penggunaan e-mail.

Dengan menggunakan email sebagai ganti kepada kaedah telefon atau surat, banyak masa dan kos yang dapat di jimatkan. Walaupun e-mail dilihat sebagai medium perhubungan yang utama dalam pemasaran intenet, medium perhubungan seperti telefon dan surat tidak boleh dibuang. Pokoknya e-mail akan mengurangkan kos perhubungan lebih-lebih lagi jika ianya memerlukan kita membuat perhubungan dengan seseorang di luar negara. Ketika ini ramai orang yang sudah mempunyai e-mail mereka sendiri.

Terdapat Syarikat dan orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan ini. Lebih menjimatkan jika anda menyewa domain dan webhosting sendiri. Dengan cara ini anda boleh ‘setup’ sendiri alamat email anda. Antara domain dan webhosting yang sesuai adalah DataKL (Malaysia based) dan 000webhost.

Perkhidmatan e-mail percuma seperti Yahoo, Gmail sangat-sangat memberikan kemudahan kepada anda. Jika anda mahukan e-mail beralamat sendiri seperti anda@syarikatanda.com anda perlu menyewanya.

Pemasaran yang terbaik adalah pemasaran yang berjaya memudahkan urusan pembayaran antara penjual dengan pembeli.

• Pemasaran konvesional memerlukan tunai sebagai pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.
• Pemasaran gaya pos memerlukan pengguna membeli wang pos sebagai proses pembelian produk atau perkhidmatan.

Walapun melalui pemasaran konvesional itu pelanggan masih boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, tetapi tidak semua pengusaha yang mampu memiliki mesin pembayaran kad kredit tersebut. Oleh sebab itu kita hanya dapat melihat mesin ini berada di kedai-kedai besar sahaja.

Pemasaran internet telah berjaya memungkinkan orang biasa seperti kita menerima bayaran daripada pelanggan melalui kad kredit dengan melalui laman web sahaja. Ini telah dibuktikan oleh akaun bank maya seperti Paypal, AlertPay dan Clickbank. Pelanggan hanya perlu memasukkan nombor kad kredit dibahagian yang disediakan dan dalam masa beberapa saat sahaja anda sudah menerima bayaran dari pelanggan. Dan harus diingat tentang syarat-syarat dan terma yang digunapakai dalam setiap transaksi.

Banyak syarikat kurier yang menggunakan internet ini sebagai medium penglobalan bisnes mereka. Tidak hairanlah pada ketika ini Abu dari Malaysia dapat membuat penghantaran produk minyak lintah ke pelanggan Mat Salleh yang berada di United Kingdom, London. Oleh yang demikian pengagihan produk tidak setakat dapat diagihkan didalam pasaran Malaysia sahaja.

Terpulang kepada individu untuk mengambil peluang yang ada atau membiarkannya sahaja. Apa-apa pun saya mengucapkan syabas kepada mereka yang menggunakan internet secara total dan meraih keuntungan yang diidamkan.