Khamis, 16 September 2010

Merindu Kepastian

I would like to share a piece of song title “Merindu Kepastian” by Art Fazil. Definitely, one of the better songs by Art.

Andai kau menjadi pelangi
 

Biar ku jadi awannya
 

Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
 

Biar ku jadi karangnya
 

Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
 

Biar ku menjadi sang bayu
 

Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
 

Biar ku jadi melodi
 

Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
 

Sudikah kau menjadi kejora
 

Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
 

Sudikah engkau menjadi bunga
 

Menghiasi dadaku

Khamis, 15 Julai 2010

Telur atau Ayam dulu?



“Mana yang lebih dulu, ayam atau telur?” sudah menjadi pertanyaan paling filosofis ataupunn ilmiah selama berabad-abad.Tapi kini, jawapannya sudah ditemui.

Para ilmuwan minggu ini mendakwa telah menemui jawapan teka-teki tersebut. Jawapannya, adalah AYAM.

Seperti dilaporkan Mailonline, para peneliti menemukan bahawa pembentukan kulit telur bergantung pada satu protein yang hanya ditemui di indung telur ayam. Ini bermakna, telur hanya boleh terjadi jika berada di dalam ayam.

Protein yang disebut ovocledidin-17, atau OC-17 – bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pengembangan kulit telur itu.

Cangkan keras ini penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur. Para ilmuwan dari universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk men-‘zoom in‘ pembentukan telur tersebut.

Komputer yang disebut HECToR itu mengungkapkan bahwa OC-17 sangat penting dalam memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.

Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur.

Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk dengan lebih cepat di dalam tubuh ayam. Unggas itu mampu menghasilkan 6 gram kulit telur setiap 24 jam.

Dr Colin Freeman, dari Departemen Teknik Material Universitas Sheffield, mengatakan : “Selama ini orang mengira bahwa yang terlebih dulu ada adalah telur, tapi kini kita memiliki bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa sebenarnya ayamlah yang lebih dulu ada.”

“Protein itu sudah diidentifikasi lama dan diketahui terlibat dengan pembentukan telur. Ternyata, dengan memeriksanya kita dapat melihat cara protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur.”

“Menarik untuk diketahui bahawa berbagai jenis spesies burung memiliki variasi protein tetapi dengan cara kerja yang sama,” kata Freeman.

Profesor John Harding, dari jurusan yang sama di Sheffield, mengatakan bahawa penemuan itu juga berguna untuk perkara lain.

“Memahami cara ayam membuat kulit telur dapat memberi petunjuk menuju rancangan baru ataupun bahan baru,” katanya.

‘Alam telah menemukan penyelesaian inovatif untuk semua jenis masalah dalam ilmu berkaitan materi dan teknologi – kita dapat belajar banyak daripada alam.”

Penemuan itu diterbitkan dalam majalah “Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein”.

Selasa, 13 Julai 2010

Nisfu Sya'ban

Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban

Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam.

Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:

1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.

Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban

Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah.

Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.

Jika seseorang itu masih juga ingin untuk melakukan sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat Awwabin (di antara waktu maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq bukan sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada malam-malam yang lain.

Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban.

Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang kepada maksiat.

Akhir kalam

Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah bulan di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak berpuasa sunat dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai persiapan dan persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda itu sewajarnya dicontohi oleh sekalian umat Islam disamping bulan Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti Malam Nisfu Sya‘ban.

Jika tidak mampu buat keseluruhan amalan sunat tersebut, ambillah sedikit dan amalkannya di bulan yang mulia tersebut. Biarlah sedikit daripada langsung tidak berbuat apa-apa dalam Sya'ban ini. Suka untuk ingatkan kepada yang masih bertangguh-tangguh mengganti puasa wajib, gantilah secepat mungkin. Moga masih diberi kelapangan waktu.


SELAMAT BERAMAL DAN BERSEDIA UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Isnin, 5 Julai 2010

Epilog 5 - Pusingan Hidup

Alhamdulillah, genap umur ku setapak lagi dalam meniti ruang-ruang kedewasaan. Namun, aku masih buntu, apakah ada kekuatan untuk berubah, seiring dengan peningkatan umur. Apakah perasaan ini dapat dimengertikan sebagai azam, atau sekadar angan-angan. Bak kata orang, dah tua tu, buatlah perangai macam orang tua. Hurmm.... bolehkah aku?

Semalam yang ku tinggalkan tidak lain hanya diselubungi dengan kekelaman, debu dan noda. Dek kerana kelemahan diri, demi mengejar sebuah kepuasan yang fana dan palsu. Hanya kekadang secalit sinar seakan menyuluh jalan-jalan semalam. Membuatkan semalam tidak lebih melainkan sebuah pendidikan buat aku untuk menempuh hari esok.

Lebih setahun aku meninggalkan campus life, yang amat banyak kenangan buat aku, mungkin juga buat dirinya, atau memori indah kita bersama, atau diri mu. Segala rasa pahit, suka, keliru dan puas dengan detik-detik itu akan sentiasa di benak memori ini. Tiada tarikh luput. Sebagai panduan dan kenyataan. Moga hati lapang menerima Takdir.

Apakah esok, semalam atau saat ini, aku tetap aku. Masih sama seperti dulu. Jasad dan roh yang sama. Bersepadu dan bernyawa. Mengejar kepuasan duniawi. Cara berpakaian dan karekter peribadi yang serupa. Demi tuntutan dunia. Entah. Berubah perlukan pengorbanan. Tapi sampai bila harus begini. Selamanya begini, hidup dalam kelam dan tak keruan.

Ya, aku kena berubah. Biar esok aku bukan aku yang sekarang. Selagi jasad dan roh terus bersepadu, aku perlu berubah, menjadi diri yang lebih baik. Baik dari segi cara hidup, cara bercakap, cara bergaul, cara berfikir dan segala cara untuk hidup. Harap-harap, ini sebuah azam yang mesti direalisasikan dan bukan sekadar angan-angan untuk dibawa kedalam mimpi. Doakan aku.

Aku nekad. Memilih Islam sebagai cara hidup. Aku juga nekad, bahawa setiap bicara harus dibuktikan dengan perbuatan. Juga aku akan nekad, akan senantiasa istiqamah dalam perubahan ini, walaupun aku tahu, ranjaunya bukan calang-calang, ia memerlukan pengorbanan, dan kekuatan yang tidak lain, hanya daripada Tuhan sang Pencipta tempat untuk mengadu kasih, dan membulat segala kecintaan.

Di sini, hati mula berbisik. Aku mesti berubah. Dan aku akan pastikan bahawa esok, aku adalah bukan aku yang sekarang. Demi sebuah cinta, demi sebuah rindu, demi Mu wahai Tuhan ku.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat mereka yang juga lahir pada tanggal 6 Julai. Semoga panjang umur dan dimuliakan sepanjang kehidupan dunia dan akhirat.