Salam kepada semua. Sila klik link ini untuk mendapatkan bahan-bahan usrah. Semoga memberi manafaat kepada semua. Terima Kasih.
Rabu, 28 April 2010
Khamis, 22 April 2010
Anak Muda dan Peranan Asas Berjuang
Menyeru manusia kembali pada jalan Allah merupakan kewajipan setiap muslim dan mereka yang berstatus Islam. Lebih-lebih lagi akhir zaman sebegini, ia menjadi satu kewajipan yang utama dalam berhadapan dengan serangan pemikiran dan gaya hidup yang direncanakan oleh musuh-musuh islam demi melihat Islam pada hari ini hanya sekadar nama dan status.
Dakwah fardiyah (individu) yang juga merupakan intipati dakwah yang terpenting. Apapun dakwah fardiyah memerlukan kepada kekuatan, sokongan, semangat, iltizam dan istiqomah untuk menjayakannya. Dan penggerak utama dakwah individu adalah golongan pemuda pemudi Islam.
Golongan generasi pewaris agama ini sepatutnya dididik dan dipelihara sebaik mungkin demi aset Islam yang bernilai dalam menjaga syariat Islam sepanjang zaman. Generasi muda amat berperanan menegakkan syariat Islam dan memelihara keutuhan ummah dalam mengharungi liku-liku cabaran dunia. Antara peranan-peranan tersebut adalah:
Golongan muda mudah terdedah dengan kemewahan dan kelazatan hidangan dunia sehingga leka dan asyik dengan kehidupan yang beransur jauh dari landasan Islam yang sebenar. Sikap tidak mahu berubah, degil dan suka berfoya-foya menjadikan golongan muda semakin lemah dalam cara berfikir dan bertindak melulu.
Pengaruh hedonisme yang melampau menyebabkan mereka lupa akan hakikat kejadian manusia yang menuntut pengabdian terhadap Allah. Seolah-olah kesenangan dan kenikmatan dunia adalah kemuncak kejayaan akhir hidup di dunia.
Remaja sebagai teras golongan muda perlulah berperanan mengawal gelodak nafsu agar tidak gelojoh mengejar kepuasan dunia. Mereka rata-rata hidup dalam angan-angan dan mencipta sebuah ketenangan yang palsu bersama hiburan melampau dan budaya kebebasan hidup tanpa sempadan.
Tambahan pula, rata-rata anak muda kita masih lagi sukar mengenal beza antara adat dan ibadah. Mereka keliru malah tidak tahu apa yang perlu diletakkan sebagai karekter diri, anak melayu atau anak muslim.
Sebagai remaja, peranan yang cukup besar adalah melalui perubahan dalam diri sebagai satu ejen perubahan yang akan meneruskan perjuangan dakwah pada platform dunia yang penuh pancaroba ini. Dan membentuk karekter Muslim, satu kewajipan yang amat perlu dan utama.
Teori dan falsafah barat hampir berjaya mendominasi keseluruhan budaya berfikir kalangan golongan muda. Remaja kini dihidangkan dengan konsep kapitalisme, demokrasi dan kebebasan hak asasi manusia acuan kafir.
Sebagai pewaris Islam kelak, seharusnya golongan muda lebih berwaspada dengan jarum pemikiran kuffar yang meletak agama sekadar kepercayaan semata-mata dan hidup berlandaskan hawa nafsu. Sedangkan Islam sebuah keyakinan terhadap Konsep Tauhid yang Agung dan membawa satu cara hidup yang terbaik sejajar dengan keperluan fitrah manusia sendiri.
Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini.
Kehidupan yang di bawa oleh Islam cuba dihapuskan oleh golongan Kuffar dengan membawa mesej agama menjadi kemunduran umat manusia. Sedangkan Islam lah yang mendidik manusia supaya proaktif mencipta kemajuan seiring dengan kemantapan kuntum-kuntum akhlak dan kemantapan iman.
Modenisasi dilaung-laungkan kini menjadi budaya pemikiran remaja melalui trend berpakaian, cara bersosial, teknologi canggih yang membenih sifat kemalasan dan gaya berfikir, secara halus cuba meranapkan kehidupan Islam yang sebenar.
Anak muda sepatutnya menanam semangat cintakan ilmu. Kesanggupan meraih selembar ilmu membina sifat cintakan ilmu dan ikhlas dalam pembudayaan ilmu. Mana mungkin anak muda yang mahu berjuang di landasan dakwah kurang ilmu dan jumud pemikirannya. Kekurangan ilmu mudah menjadi alasan anak muda untuk turun berdakwah apatah lagi merealisasikan amal makruf nahi mungkar walaupun terhadap diri sendiri.
Kerana lapangan dakwah didepani dengan masyarakat yang kurang berilmu, suka berdebat, variasi corak berfikir dan sikap tidak endah. Sebab itu, keperluan ilmu amat perlu sebagai bekalan, umpan dan senjata bagi setiap anak muda sebagai perkakas dakwah selain membawa karekter orang yang berilmu. Apatah lagi, ilmu yang ada mampu menangkis dakyah dan serangan pemikiran golongan kuffar.
Keikhlasan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu berupaya memberi nilai tambahan kepada anak muda untuk menjernihkan kekotoran sistem politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan kefahaman dalam agama yang selama ini dicanang halus oleh tangan-tangan ejen-ejen sekular dan liberal.
Jiwa yang terdidik dengan Islam akan sentiasa sabar dan tabah walau sehebat mana badai melanda dalam lautan perjuangan. Dunia Islam masih ketandusan anak muda yang tidak mengenal erti putus asa demi membina keutuhan karekter muslim sendiri seterusnya menyampaikan dakwah kepada masyarakat menerusi penampilan akhlak muslim, cara bersosial yang islamik dan semangat cintakan Islam. Malas untuk berjuang dan rela melihat kemungkaran menjadi satu sebab kenapa remaja kita semakin hanyut dalam arus dunia.
Tiada lagi sahabat yang baik dan soleh sebagai pilihan untuk menjadi teman. Menegur bila tersilap dalam percaturan kehidupan, sebagai penyokong untuk segala anjakan kebaikan. Peranan perjuang muda islam adalah sanggup menjadi sahabat dan teman kepada kawan-kawan lain. Buanglah sikap skeptikal dalam memilih sahabat. Kerana mana tahu, mereka adalah golongan sasaran dakwah kita yang hampir.
Setiap individu haruslah memainkan peranan yang penting sesuai dengan keupayaan masing-masing dalam membawa kembali kegemilangan Islam. Perubahan yang direncanakan haruslah didasari dengan syariah agar matlamat dan cara seiring halal.

Peranan membentuk karekter Muslim yang sejati

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. " (Az-Zariyaat:51)
Remaja sebagai teras golongan muda perlulah berperanan mengawal gelodak nafsu agar tidak gelojoh mengejar kepuasan dunia. Mereka rata-rata hidup dalam angan-angan dan mencipta sebuah ketenangan yang palsu bersama hiburan melampau dan budaya kebebasan hidup tanpa sempadan.
" Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? " (Al-An’am:32)
Tambahan pula, rata-rata anak muda kita masih lagi sukar mengenal beza antara adat dan ibadah. Mereka keliru malah tidak tahu apa yang perlu diletakkan sebagai karekter diri, anak melayu atau anak muslim.
Sebagai remaja, peranan yang cukup besar adalah melalui perubahan dalam diri sebagai satu ejen perubahan yang akan meneruskan perjuangan dakwah pada platform dunia yang penuh pancaroba ini. Dan membentuk karekter Muslim, satu kewajipan yang amat perlu dan utama.
Persiapan dalam menyediakan fikrah islami yang mantap
Teori dan falsafah barat hampir berjaya mendominasi keseluruhan budaya berfikir kalangan golongan muda. Remaja kini dihidangkan dengan konsep kapitalisme, demokrasi dan kebebasan hak asasi manusia acuan kafir.
Sebagai pewaris Islam kelak, seharusnya golongan muda lebih berwaspada dengan jarum pemikiran kuffar yang meletak agama sekadar kepercayaan semata-mata dan hidup berlandaskan hawa nafsu. Sedangkan Islam sebuah keyakinan terhadap Konsep Tauhid yang Agung dan membawa satu cara hidup yang terbaik sejajar dengan keperluan fitrah manusia sendiri.
Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini.
" Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka) " (Surah An-Nisa’:89).
Kehidupan yang di bawa oleh Islam cuba dihapuskan oleh golongan Kuffar dengan membawa mesej agama menjadi kemunduran umat manusia. Sedangkan Islam lah yang mendidik manusia supaya proaktif mencipta kemajuan seiring dengan kemantapan kuntum-kuntum akhlak dan kemantapan iman.
Modenisasi dilaung-laungkan kini menjadi budaya pemikiran remaja melalui trend berpakaian, cara bersosial, teknologi canggih yang membenih sifat kemalasan dan gaya berfikir, secara halus cuba meranapkan kehidupan Islam yang sebenar.
Sikap cintakan Ilmu dan pusat Intelektualan
Anak muda sepatutnya menanam semangat cintakan ilmu. Kesanggupan meraih selembar ilmu membina sifat cintakan ilmu dan ikhlas dalam pembudayaan ilmu. Mana mungkin anak muda yang mahu berjuang di landasan dakwah kurang ilmu dan jumud pemikirannya. Kekurangan ilmu mudah menjadi alasan anak muda untuk turun berdakwah apatah lagi merealisasikan amal makruf nahi mungkar walaupun terhadap diri sendiri.
Kerana lapangan dakwah didepani dengan masyarakat yang kurang berilmu, suka berdebat, variasi corak berfikir dan sikap tidak endah. Sebab itu, keperluan ilmu amat perlu sebagai bekalan, umpan dan senjata bagi setiap anak muda sebagai perkakas dakwah selain membawa karekter orang yang berilmu. Apatah lagi, ilmu yang ada mampu menangkis dakyah dan serangan pemikiran golongan kuffar.
Keikhlasan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu berupaya memberi nilai tambahan kepada anak muda untuk menjernihkan kekotoran sistem politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan kefahaman dalam agama yang selama ini dicanang halus oleh tangan-tangan ejen-ejen sekular dan liberal.
Membina kekentalan jiwa dengan menjauhi sikap malas dan putus asa
Jiwa yang terdidik dengan Islam akan sentiasa sabar dan tabah walau sehebat mana badai melanda dalam lautan perjuangan. Dunia Islam masih ketandusan anak muda yang tidak mengenal erti putus asa demi membina keutuhan karekter muslim sendiri seterusnya menyampaikan dakwah kepada masyarakat menerusi penampilan akhlak muslim, cara bersosial yang islamik dan semangat cintakan Islam. Malas untuk berjuang dan rela melihat kemungkaran menjadi satu sebab kenapa remaja kita semakin hanyut dalam arus dunia.
Tiada lagi sahabat yang baik dan soleh sebagai pilihan untuk menjadi teman. Menegur bila tersilap dalam percaturan kehidupan, sebagai penyokong untuk segala anjakan kebaikan. Peranan perjuang muda islam adalah sanggup menjadi sahabat dan teman kepada kawan-kawan lain. Buanglah sikap skeptikal dalam memilih sahabat. Kerana mana tahu, mereka adalah golongan sasaran dakwah kita yang hampir.
Setiap individu haruslah memainkan peranan yang penting sesuai dengan keupayaan masing-masing dalam membawa kembali kegemilangan Islam. Perubahan yang direncanakan haruslah didasari dengan syariah agar matlamat dan cara seiring halal.
Tag :
anak muda,
islam,
peranan pejuang islam,
perjuangan
Rabu, 21 April 2010
Usrah SPAQ TERAS
Usrah Anak Muda Penggerak Ummah
anjuran TERAS, Ahad 25 April 5 petang
bertempat di USM (hubungi 017 6291368/012 5296690)
Aktiviti
Kupasan buku Mengikut Islam Secara Kaffah oleh Saudara Muhammad Nuruddin
Edaran bahan dan risalah TERAS
Perbincangan Ijtima’ MUDA-Teras 2010 yang akan diadakan kelak.
Sumbangan 50 sen untuk salinan buku Islam Kaffah. Ajak rakan-rakan anda sertai kita termasuk yang bukan Mahasiswa/Bekerjaya.
Muhammad Nuruddin Bashah
017-6291368
Mohd Izzuddin Mohd Zin (cawangan KL dan Selangor)
013-4662750
Tag :
aktivis,
islam,
SPAQ,
sukarelawan
Epilog 2
Masa kecik-kecik, aku ada gak terfikir, sebab apa kite perlu belajar ek? Belajar bahasa la, sains la, matematik la dan macam-macam lagi. Nak termuntah dah rasa. Termasuklah belajar quran dan solat lagi. Lepas abis pergi sekolah, pergi fardhu ain plak. Penat siot. Tak pergi kan, memang cari nahas dengan rotan ayah aku tu. Hahahaha...

Tiap-tiap hari duk pikul beg sekolah yang ntah bape kg pun aku tak tahu. Ada dalam 5kg kot. Dah macam bawak batu kot belakang. Tapi itulah zaman sekolah dulu. Banyak yang manis bila dikenang kembali. Walaupun masa tu rasa pahit sangat. Naik basikal lalu macam-macam tempat sebelum sampai ke sekolah. Seriau pun ada.
Zaman leni senang nya aku tengok. Siap boleh bawa motor lagi pergi sekolah. Kadang balik sekolah ada awek duk tumpang belakang. Hangat bercinta la katakan. Cinta Monyet kata orang tua. Entahlah, monyet mana duk bercinta tu. Mungkin mereka-mereka tula kot. Bawa buku sikit-sikit saja. Belajar pun ala kadar ja. Tu belum tengok duit dalam poket lagi, fuhh boleh lepas makan sehari tu. Inilah realiti sekarang. Hurmmm, menjual harga sebuah nilai kepada secebis keseronokan atas nama kemajuan dan trend.

Belajar untuk hidup. Sebab itu hidup ini perlu belajar. Belajar dari setiap didikan yang baik. Bukan belajar perkara yang bukan-bukan, tiada faedah malah merosakkan orang lain. Belajar untuk tahu. Tahu untuk amal. Beramal sambil berkongsi dengan yang tidak tahu. Istiqamah dalam tahu dan amal, mencetus keikhlasan. Keikhlasan dalam belajar boleh membawa kepada bibit-bibit iman. Jadi janganlah berputus asa dalam menuntut ilmu. Sabar dan Doa.

Payah kan untuk belajar? Yela, untuk belajar, kita mesti sanggup diajar. Dididik dengan style yang kadang-kadang kita tidak suka. Rasa nak memberontak jer. Tapi, pernah tak kita terfikir, yang dulu masa kita berperasaan camtu, masih lagi sabar dididik sebegitu, sekarang kita dah jadi orang yang ada matlamat, ada impian. Sepatutnya sekarang kita lagi matang, rasional dan berlapang dada untuk ditegur.
Jadi, apa masalahnya jika sekarang ini kita rela untuk dididik lagi, dengan nasihat dan kritikan orang lain terhadap diri kita. Bukan aku suruh ambik bulat-bulat apa orang cakap, sekurang-kurangnya tadah telinga dan fikir apa orang duk tegur. Mana tahu kita yang salah. Mujur ada yang nak menegur. Maknanya ada yang masih sayang kat kita lagi la tu.

Ini tidak, asyik nak melenting dan tarik muka. Aduh, letih! Bila tegur ckit, aku pulak dipersalahkan. Yela, aku pun bukan perfect nak menegur, tapi aku ada inisiatif untuk tegur daripada tengok dan buat dono. Lagipun mind set aku memang sanggup untuk ditegur. Jadi tegurlah aku. Keras atau kasar, lembut atau berkias, terpulang pada korang, asalkan ada kesan dalam hati aku, itulah hikmah dalam nasihat. Sebagai pencetus untuk aku berubah.
Hahaha, maaflah, aku membebel la pulak. Mungkin korang pun ada pengalaman macam aku. Jom lah kita berubah, lalui hidup yang lebih baik, lebih bernilai dan tahu tujuan kehidupan ini. Jangan duk pakai hentam jer. Halal haram pun tak peduli. Solat dan zakat lagilah cincai. Kitakan nak jadi umat yang terbaik. Umat yang dijanjikan Allah, kehidupan yang diredhai di dunia dan kesenangan di Akhirat. Jadi, jom tuntut ilmu, baiki akhlak dan cari bekalan sebanyak mungkin.
Entah esok kita disini lagi atau dah kat mana-mana. Sebelum terlambat, baik cepat-cepat taubat dan istiqamah dalam perubahan kebaikan tersebut. Jom bro!!!

Isnin, 19 April 2010
Aktivis Pembebasan Pattani
Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat.
Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?
Kepada mereka yang tinggal di sekitar Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi PENGGERAK AMANI. Anda akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat AMANI bagi membincangkan segala gerak kerja perancangan AMANI dan perlaksanaan perancangan tersebut dari semasa ke semasa. Mesyuarat ini akan dibimbing oleh koordinator AMANI, saudara Saiful.
Kepada mereka yang tinggal di luar kawasan Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi Sukarelawan AMANI yang memainkan peranan dalam menghebahkan info-info yang diterima daripada AMANI termasuklah untuk terlibat dalam roadshow dan mengumpulkan dana untuk program-program AMANI.
Jika berminat, sila hubungi :
Azila (USM, P.Pinang) 0195236057
apple_biru17@yahoo.com
Lillah (Selangor) 0194737645
amanpattani@yahoo.com
Semoga Allah memilih kita untuk termasuk dalam golongan hambaNya yang mukhlis..
Rujukan : http://amanpattani.blogspot.com

Aman Pattani (AMANI) terdiri daripada sukarelawan yang bergerak untuk membantu saudara-saudara kita yang tertindas di Selatan Thailand.Kami terdiri daripada pelbagai lapisan sukarelawan daripada kalangan pelajar hinggalah mereka yang sudah bekerja. AMANI memerlukan bantuan anda untuk terus memainkan peranannya dalam membantu saudara-saudara kita di sana.
Bantuan yang dihulurkan termasuklah sumbangan dana, ilmu dan maklumat semasa.
Fact Finder AMANI sentiasa akan turun lapangan di Selatan Thailand untuk mendapatkan maklumat semasa yang sahih memandangkan kebanyakkan maklumat berkenaan kezaliman yang berlaku di Selatan Thailand disekat dari dibawa keluar dari sana.
Kepada mereka yang tinggal di sekitar Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi PENGGERAK AMANI. Anda akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat AMANI bagi membincangkan segala gerak kerja perancangan AMANI dan perlaksanaan perancangan tersebut dari semasa ke semasa. Mesyuarat ini akan dibimbing oleh koordinator AMANI, saudara Saiful.
Kepada mereka yang tinggal di luar kawasan Pulau Pinang, anda diperlukan untuk menjadi Sukarelawan AMANI yang memainkan peranan dalam menghebahkan info-info yang diterima daripada AMANI termasuklah untuk terlibat dalam roadshow dan mengumpulkan dana untuk program-program AMANI.
Jika berminat, sila hubungi :
Azila (USM, P.Pinang) 0195236057
apple_biru17@yahoo.com
Lillah (Selangor) 0194737645
amanpattani@yahoo.com
Semoga Allah memilih kita untuk termasuk dalam golongan hambaNya yang mukhlis..
Rujukan : http://amanpattani.blogspot.com
Tag :
islam,
pattani,
sukarelawan,
thai
Kerja Oh kerja
Pejam celik pejam celik, dah hampir setahun aku duk melangut camni. Payahnya nak cari kerja. Kerja yang sesuai. Kerja yang menjamin masa solat aku. Kerja yang ada income lebih sikit. Kurang-kurang dapat gak tampung diri aku yang kuat joli ini. Hahaha.. Leni duk menganggur la pulak. Tula sape suruh kerja main-main.
Okla, dah tak mahu main-main dah. Nak kerja serius dah lepas ni. Tapi biasalah, azam pertama dulu masa mula-mula kerja, dan selamanya pertama untuk kerja seterusnya. Hahaha...
Ramai kawan aku duk tanya, buat apa leni. Segan pun ada nak jawab. Duk tanam anggur tapi tak tumbuh-tumbuh. Silap pakai benih cap ayam kot. Apa-apa pun, aku terus berusaha mencari kerja. Yela, bukan senang nak dapat kerja yang sesuai.
Insya Allah, doakanlah moga urusan aku dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Doa kalian amat aku hargai. Ceeeewaah!

kerja,
penganggur
Ahad, 18 April 2010
Epilog 1
Kala senja ini, aku menerawang sendirian. Cuba mencari secebis kekuatan. Terasa kosong rohani. Terasa kelam pedoman diri. Ah, dunia yang dikejar langsung tak terkejar. Semakin mengejar, semakin tercicir. Payahnya kehidupan ini. Sukarnya jalan ini. Ujian bertimpa-timpa tanpa sempadan kesenangan. Terlalu mencari senang sehingga lupa akan pentingnya ketenangan.
Jiwa berkecamuk, imbauan dosa-dosa silam. Terusik jiwa yang sudah kaku dengan ujian yang kecil ini. Kecil buat mereka yang memerhati, tapi besar buat yang mengharungi. Pantaskah diri ini melalui, bersama hela nafas-nafas yang ada. Sesekali mengeluh, sesekali mencungap. Di hambat kenangan noda silam, dicengkam sejuta kesilapan dan kealpaan diri. Diriku jatuh lagi disini, kerana mengikut hati yang hampir mati.
Bagai sebuah mimpi ngeri, kehidupan yang mulanya dengan baik, mengalir deras menuju kehancuran. Apakah ini pengakhiran buatku? Apakah ini bisa menjernihkan dosa noda terdahulu? Kata hati terus bertanya sendirian. Mengelamun dalam mencari jawapan.
Ya Allah... hamba Mu masih disini, pada saat dan ketika ini, pada kesuraman jiwa lantaran seksanya menanggung kesukaran ini. Pandanglah hamba Mu ini. Dengarkanlah rintihan jiwa ini.. Ampunkanlah keterlanjuran ini

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Langgan:
Catatan (Atom)