Khamis, 27 Mei 2010

Celoteh 3

Eksploitasi Nama Allah dalam Crocs dan Logo Ubat gigi Darlie. Menyingkap sebuah konspirasi atau hanya sekadar kebetulan si peneliti =)
Sekarang geli hati dengan mereka yang tiba-tiba 'prihatin' dengan simbol yang seakan-akan Kalimah Allah tertera pada kasut Crocs dan Ubat gigi Darlie. 
Sanggup mereka bersusah payah meneliti lakaran simbol tersebut untuk membuktikan kewujudan eksploitasi nama Allah disebalik simbol-simbol tersebut.
Malangnya, berapa ramai yang tahu kalimah Allah dan Muhammad dalam bentuk tulisan jawi telah lama menjadi simbol bagi lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada topi, baju dan tali pinggang.
Kebimbangan yang besar, sejauh mana mereka menjaga kesucian lambang tersebut dengan tidak membawa ke tandas dan melempar di lantai apabila pulang dari kerja?

Sabtu, 22 Mei 2010

Epilog 3

Duhai hati yang tidak puas, mengertilah akan indahnya dunia hanyalah sementara, sedangkan akhirat itu lebih bermakna bagi yang berusaha mengecapi bahagianya.


Duhai jiwa yang kusam layu, carilah kasih Allah dan cubalah menyintaiNya sepenuh jiwa. Eksperesikan kata-kata mu dengan karakter tindak tanduk seharianmu. Moga jiwa yang kusam kembali ceria, moga jiwa yang layu kembali mekar.


Duhai diri yang malas. Apakah malas dan lalai itu bisa membahagiakan hasrat hati dan jiwa? Ayuh berubahlah. Ambillah Islam sebagai cara untuk hidup. Dan hidup untuk Islam. Bersemangatlah dan berjuanganlah semaksimum kudrat yang ada demi membawa amanah Islam dan istiqamah menentang kefasikan.

Ahad, 16 Mei 2010

Celoteh 2

Aku kebingungan apabila melihat POLITIK dan AGAMA digaul selanyaknya. AGAMA dijadikan MODAL dan TARUHAN demi mencapai kepentingan POLITIK peribadi. Kesucian AGAMA tenoda kerana dijadikan mekap dan kosmetik POLITIK. Sedangkan POLITIK sepatutnya diterasi AGAMA. Dengan meletak kepentingan berAGAMA lebih tinggi berbanding caturan POLITIK.. 
Begitulah realitinya. POLITIKus menjadikan AGAMA sebagai PEMANGKIN kesinambungan karier POLITIK mereka. Mereka mengejar kepuasan berPOLITIK dan peribadi. Sungguh mereka berstatus golongan yang BIADAP terhadap AGAMA !!!

Celoteh 1

Konsert menjadi HARAM bila maksiat di HALALKAN, Dinner Night juga HARAM apabila aurat, kecantikan wanita menjadi HALAL untuk tatapan demi kemeriahan majlis.